Bagi yang sudah lama tertunggu-tunggu GEMA Gegar Vaganza (GGV) sejak dari musim pertama, GGV kini kembali untuk musim kedua kali ini dengan penyertaan enam peserta berkumpulan dan lima peserta solo.
Pada musim pertama, UNIC meraih johan diikuti Hijjaz dan Mirwana di tempat ke dua dan ketiga. Untuk GGV musim 2, senarai penuh telah pun dikeluarkan sewaktu majlis pelancaran Rabu yang lalu iaitu:
1. InTeam
2. Brothers
3. Mestica
4. Devotees
5. Rabithah
6. Heliza & Hazwani
7. Adeep Nahar
8. Awi Rafael
9. Farah Asyikin
10. Fitri Haris
11. Ippo Hafiz
Bertemakan Gema Irama Terindah, peserta akan diadili juri tetap Farihin Abdul Fattah, selebriti Indonesia Oki Setiana Dewi dan seorang juri jemputan setiap minggu.
GGV2 bakal dihoskan penyanyi Siti Nordiana, pelakon dan pelawak Fikry Ibrahim, serta penyanyi Fakhrul UNIC.
Juara musim ini bakal membawa pulang RM100,000 dan sebuah trofi, manakala naib juara RM30,000 berserta trofi.
GGV2 bakal bersiaran selama tujuh minggu bermula 31 Mac pada 9 malam, setiap Sabtu di saluran 106 Astro Oasis dan saluran 135 Maya HD.
No comments:
Post a Comment