Friday, 23 March 2018

2018 World's Top Airport - Changi kekal no 1, Kuala Lumpur turun 10 anak tangga

Baru-baru ini, Skytrax 2018 World Airports Awards menyenaraikan Top 100 lapangan terbang di dunia. Anugerah ini berdasarkan undian daripada 13.73 juta pengguna penerbangan udara meliputi 100 buah negara, dengan 500 lapangan terbang mengambil bahagian.

Penilaian ini diambil kira oleh para pengguna merangkumi pelbagai segi seperti servis perkhidmatan dan produk - daripada check in, ketibaan, pertukaran, membeli belah, keselamatan dan imigresen hinggalah ke laluan ke pintu Gate.

Changi Airport juara 6 tahun berturut-turut!

Sejarah baru tercipta pada tahun ini apabila Changi mendapat tempat pertama selaku lapangan terbang terbaik hasil undian para pengguna sekaligus menjuarainya buat kali ke enam berturut-turut dalam sejarah sejak ia bermula pada tahun 2000. Hong Kong International Airport pernah menjuarainya sebanyak 5 kali pada 2001 - 2005.

Kuala Lumpur turun 10 anak tangga

Dalam senarai ini juga, Kuala Lumpur berjaya menduduki tempat ke 44 mengatasi Jakarta (45) dan Abu Dhabi (49). Bagaimanapun, Kuala Lumpur gagal berada di kedudukan terdahulu apabila jatuh 10 anak tangga berbanding tahun lepas (34).

Semoga Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) terus berusaha untuk menjadi lebih baik agar dapat tersenarai ke kelompok Top 10 pada edisi akan datang

Ini adalah senarai penuh Top 100 World Airports Awards 2018

 2018 Ranking
 Airport
2017 Rating
1Singapore Changi1
2Incheon3
3Tokyo Haneda2
4Hong Kong5
5Doha Hamad6
6Munich4
7Centrair Nagoya7
8London Heathrow9
9Zurich8
10Frankfurt10
11Tokyo Narita14
12Amsterdam11
13Kansai12
14Vancouver13
15Taiwan Taoyuan21
16Helsinki17
17Vienna24
18Shanghai Hongqiao18
19Copenhagen15
20Sydney23
21Cape Town19
22Brisbane16
23Dubai20
24Auckland22
25Hamburg27
26Durban35
27Melbourne30
28London City36
29Denver28
30Dusseldorf40
31Cologne / Bonn29
32Johannesburg37
33Beijing Capital25
34Cincinnati26
35Haikou48
36Bangkok Suvarnabhumi38
37Paris CDG32
38Xi'an45
39Athens53
40Gimpo47
41Toronto Pearson43
42Barcelona33
43Madrid31
44Kuala Lumpur34
45Jakarta44
46Bogota42
47Quito52
48Houston Intercontinental54
49Lima55
50Atlanta41
51San Francisco39
52Christchurch61
53Abu Dhabi49
54London Gatwick51
55Gold Coast50
56Dallas/Fort Worth46
57Lisbon68
58Stockholm Arlanda62
59Perth71
60Chengdu56
61Oslo59
62Seattle58
63Mumbai64
64Bangalore67
65Baku70
66Delhi60
67Montréal80
68Moscow Sheremetyevo81
69New York JFK63
70Guayaquil66
71Porto75
72Los Angeles86
73Bahrain57
74Moscow Domodedovo74
75Hyderabad69
76Malta79
77Halifax65
78Adelaide73
79Minneapolis-Saint Paul72
80Dublin77
81Sanya78
82Hanoi83
83Phoenix88
84Shenzhen76
85Rome Fiumicino158
86Birmingham85
87Billund82
88Detroit94
89Boston89
90Budapest84
91Brussels91
92Prague96
93Raleigh-Durham95
94Panama90
95Warsaw99
96Medina93
97Mauritius104
98Nice92
99Houston Hobby119
100Fukuoka103

No comments:

Post a Comment