Makanan yang perlu dielakkan
Ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan semasa hamil kerana ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan, antaranya:
1. Kerang dalam hidangan laksa dan kuetiau sepatutnya direbus terlebih dulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan berkenaan.
Beritahu peniaga supaya tidak memasukkannya dalam makanan kerana anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak.
2. Keju dengan kulit yang putih dan berkulat seperti brie serta camembert atau keju berjaring biru seperti stilton mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi.
3. Daging mentah atau kurang masak dan telur adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi. Apabila memasak daging atau telur, pastikan ia masak sepenuhnya.
Hati dan produk hati perlu dielakkan kerana semuanya mungkin mengandungi sejumlah besar vitamin A jenis retinol. Terlalu banyak makan juga boleh membahayakan bayi dalam kandungan.
4. Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.
5. Ikan jerung, todak atau marlin. Jenis ikan berkenaan mengandungi raksa (merkuri) yang hadir
secara semula jadi dalam jumlah yang tidak selamat.
Tuna juga mengandungi raksa. Justeru, hadkan pengambilannya kepada tidak kurang daripada empat tin bersaiz sederhana atau dua stik segar seminggu.
6. Kurangkan atau berhenti minum minuman beralkohol semasa hamil. Jika mahu minum, jangan lebih daripada dua unit, sekali atau dua kali seminggu selain elak daripada minum hingga mabuk.
7. Hadkan pengambilan kafein kepada 200 miligram sehari iaitu dua cawan besar kopi segera atau empat cawan teh sehari.
Dapat semua tips-tips ni? Kongsikan dengan yang tersayang agar mereka dan baby dalam kandungan mendapat khasiat yang secukupnya dalam kandungan
Jangan lupa Like page kami untuk lebih tips dan informasi: https://www.facebook.com/OhChillLah/

No comments:
Post a Comment