Makan bola, tidur bola, mandi bola, semuanya bola!
Seluruh dunia dan peminat sukan khususnya sedang bersedih dengan tragedi nahas kapal terbang yang berlaku kepada pasukan Chapecoense. Pesawat yang membawa 77 orang; 68 penumpang dimana pasukan Chapecoense, 21 jurnalis dan 9 orang kru dalam perjalanan ke Medellin untuk Final Copa Sudamericana. Laporan menyatakan, sekurang-kurangnya 5 orang terselamat dalam nahas tersebut (betulkan jika kami salah).

Bola Sepak adalah kehidupan!
Difahamkan bahawa selepas nahas tersebut disahkan, kelab Atletico Nacional, lawan di Final Copa Sudamericana meminta kejuaraan diberikan kepada kelab Chapecoense diatas tragedi yang menimpa ini. Kelab-kelab bola sepak lain di Brazil juga sudi meminjamkan pemain mereka untuk musim depan dan mengecualikan mereka dari tersingkir selama 3 tahun! A moment of silence juga turut dilakukan pada perlawanan suku akhir EFL Cup diantara Liverpool dan Leeds United
Ini bukan kali pertama,
Nahas udara yang pertama dalam bola sepak berlaku pada tahun 1949 melibatkan pasukan Torino. Nahas udara ini dipanggil Tragedi Superga. Nahas kapal terbang ini mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal berjumlah 31 orang. 18 orang diantaranya merupakan pemain Torino. Sewaktu nahas berlaku, jadual perlawanan liga masih berbaki 5 perlawanan, setiap kelab telah mencapai kata sepakat untuk menganugerahkan gelaran juara liga (Scudetto) kepada Torino sebagai tanda mengenang tragedi nahas. Tetapi Torino memilih untuk meneruskan perjalanan liga dengan membariskan pemain skuad muda mereka dan mereka berjaya memenangi liga. Sewaktu pengebumian, puluhan ribu orang turun ke jalanan Turin memberi penghormatan terakhir pada mereka.
Tragedi Munich mungkin kita selalu dengar dan tahu dalam kalangan peminat bola sepak terutama para penyokong Manchester United. Pesawat yang membawa 44 orang termasuklah para pemain Manchester United yang ketika itu lebih dikenali dengan The Busby Babes ketikan itu mahu berangkat pulang setelah berhenti sebentar untuk mengisi minyak di Munich. Sekurang-kurangnya 23 orang telah terselamat diantaranya 8 orang pemain Manchester United dan 3 staff kelab.
Real Madrid merupakan juara Eropah pada tahun tersebut mendedikasikan kejuaraan tersebut kepada Manchester United sebagai tanda penghormatan berikutan tragedi Munich terutamanya The Busby Babes. Real Madrid juga menawarkan percutian ke Sepanyol kepada para pemain Manchester United yang terselamat dari nahas kapal terbang agar mereka sembuh dari trauma. Selain itu, Real Madrid juga mengadakan perlawanan persahabatan dalam usaha untuk membantu memberikan dana dari segi kewangan kepada Manchester United
Paling mengharukan, Real Madrid sanggup meminjamkan pemain terbaik mereka seperti Puskas, tetapi tidak berjaya kerana peraturan FA yang melarang pemain yang tidak fasih berbahasa Inggeris bermian dalam liga. Tidak berputus asa, Real Madrid kemudiannya meminjamkan pula pemain terbaiknya yang lain iaitu Alfredo de Stefano selama semusim tapi gagal juga kerana Manchester United tidak mampu membayar gaji beliau walaupun separuh.
Kelab-kelab liga Inggeris juga turut membantu seperti Liverpool yang memberikan 5 pemain mereka dan Liverpool sendiri yang akan membayar gaji mereka. Hasil daripada bantuan mereka ini berjaya membuatkan Manchester United bangkit semula dan menjadi salah satu kelab terbesar didunia seperti hari ini.
Bola sepak bukan sepak bola semata. Musuh hanya didalam padang, diluar kita semua adalah kawan. Bukankah bola sepak itu menyatupadukan?
No comments:
Post a Comment