![]() |
Foto: Berita Harian |
Di Port Dickson sememangnya terkenal dengan makanan seafood mereka dalam kalangan pelancong Malaysia. Tapi pernah tak cuba port makan student yang famous di sekitar Port Dickson ni?
PORT STUDENT MAKAN
Rata-rata warga PoliPD mesti pernah kesini untuk makan. Kalau tak, korang tak cukup eksplore lagi kedai makan bajet yang sedap disini
1. Medan Selera MPPD, Taman Intan
Famous pada waktu malam. Antara yang paling pastilah nasi goreng ayamnya + sirap bandung yang lagi sedap dari air dutchlady. Terliurrr ~
2. Kedai Makan Lorong 15
Murah dan berpatutan. Buka dari tengahari sampai malam membuatkan kedai ini menjadi tumpuan semua pelajar dengan masakan Kelantan yang sedap dan panas
3. Kedai Wak Lorong 22
Dibuka pada tengahari saja, gerai Wak sentiasa penuh dengan student yang kelaparan pada waktu tengahari. Lauk famous Wak mestilah ayam gorengnya yang rangup dan panas
4. Chairman Burger
Dibuka pada waktu malam, sering dikunjungi untuk makanan western yang simple dengan harga berpatutan
5. SA Anjung Seri Timur
Terletak di Polymall berhadapan dengan Poli, gerai ini menjadi tumpuan bukan saja pelajar, malah pensyarah dan penduduk sekitar. Nasi berlauknya yang pelbagai termasuk daging kari kawahnya antara favourite di sini
6. Warung Batu 9
Warung ini menjual minuman petang dengan harga sangat murah dan sedap. Ini adalah port favourite bukan saja student Poli, malah penduduk sekitar menikmati minuman petang mereka.
7. Geliga Seafood
Berada di jalan besar, restoran ini turut menjadi tumpuan pelancong pada waktu malam untuk menikmati makanan panas yang sedap. Harga yang ditawarkannya juga berpatutan
Jangan cakap korang student Poli kalau korang tak pernah makan di salah satu kedai lejen ni. Terima kasih juga pada mereka kerana terus menghidangkan pada kita semua makanan yang sedap dan berpatutan pada warga PoliPD dan masyarakat sekitarnya.
Ada yang kami tertinggal? Beritahu kami di ruangan komen dan tag rakan-rakan korang jika korang pernah makan disini juga
No comments:
Post a Comment