Friday, 23 March 2018

5 tanda kucing anda menyayangi tuannya

Kucing terkenal dengan sikap egonya yang selalu tak mempedulikan tuannya. Ada yang kerjanya cuma makan, berak dan tido je hihi. Ia memerlukan masa dan pengorbanan untuk mendapat kepercayaan dan perhatian dari si bulus ni

5 TANDA KUCING MENYAYANGI TUANNYA

b7e12508094fdaf689a6babf5d66554c

Tau tak tanda-tanda bila kucing anda sudah mula menyayangi anda sebagai tuannya?Anda 5 tanda yang korang perlu berikan perhatian iaitu:

1. Slow Blinking
Kucing yang tenang dan mempercayai anda akan mengedipkan matanya secara perlahan kemudian membuka matanya sambil memandang anda sebagai tanda ia bahawa menyayangi anda.
Tips: Slow blink back untuk memberitahu anda menyayangi mereka juga

2. Meng'urut' anda
Kucing akan menekan2 tapak tangan mereka pada anda seperti ketika mereka minum susu ibu mereka ketika kecil. Pergerakan ini merupakan tanda kepercayaan dan kegembiraan kucing anda

3. Purring
Purring ni dikatakan sebagai cara utama kucing menunjukkan kasih sayang mereka kepada tuannya.

4. Tidur dengan anda
Salah satu cara kucing menunjukkan rasa sayang mereka pada anda ialah dengan bersama anda selalu seperti tidur bersama anda.

5. Grooming
Kucing kebiasaanya akan menjilat bulu kucing lain untuk menghilangkan stress dan juga cara untuk bertukar-tukar bau. Jadi jika kucing anda menjilat anda ia selalunya merupakan tanda kasih sayang. Usap mereka sebagai tanda menghargai tindakan mereka itu

Ada tak tanda-tanda ni pada kucing korang? Usaha lagi ya pada yang takde lagi tu. Jangan lupa tag pasangan anda jika bermanfaat

Like page kami https://www.facebook.com/OhChillLah/ untuk lebih berita dan tips menarik

No comments:

Post a Comment