Friday, 23 March 2018

6 tanda kamu sedang bahagia walaupun single!

img-20160430-wa0031.jpg

Masih single atau belum berpasangan bukan bermakna kamu tidak berhak menjalani hidup lebih bahagia berbanding rakan-rakan kamu yang sudah atau akan mendirikan rumah tangga.
Tak percaya? Jom tengok check list ni adakah kamu tergolong dalam list orang single yang bahagia atau tidak!

1. Boleh tersenyum manis bila mendengar soalan bila nak kahwin
Ini memang soalan panas untuk orang yang single, tambah pulak kalau musim balik kampung jumpa saudara mara jauh dekat semua waktu ini tiba-tiba mereka ringan mulut bertanya 'tak ada calon lagi ke', 'haii bilalah dapat merasa nasi minyak kamu ni', tapi kamu masih tersenyum manis sambil menjawab 'doakanlah ye'

2. Tak membalas 'makcik tu bila pulak nak mati'
Makcik bawang tanya soalan bikin sakit hati, kamu pun sentap sampai nak bagi soalan maut juga kat dia.

Kalau kamu tidak tergolong dalam ketagori ini, percayalah separuh point orang single yang bahagia sudahpun menjadi milik kamu! Tak perlu ambil hati, anggap saja mereka itu hanya mahu berbasa-basi dengan kamu. Chill lah!

3. Rasa gembira bila kawan-kawan jemput majlis perkahwinan mereka
Kamu memang bahagia bila kamu rasa gembira bila setiap minggu dapat jemputan perkahwinan di facebook kamu, dan cakap dengan penuh ikhlas 'i'm so happy for youu'. Dan dalam hati kamu tak rasa pun, wei, kenapa dia kahwin dulu, kat sekolah dulu dia paling selebet wei!

4. Sibukkan diri dengan benda berfaedah
Kamu ada banyak wishlist yang kamu nak buat, so kamu tak habiskan masa dengan asyik tengok tutorial make up atau fikir macam mana nak lebih up-to-date dengan fesyen supaya dapat tarik perhatian lelaki di sekeliling kamu, tapi kamu balik kampung tengok mak ayah bawa jalan-jalan, plan trip nak travel dengan kawan-kawan, hujung minggu sibuk dengan program kebajikan or volunteer dan macam-macam lagi . Nah, you go girl!

5. Tidak mudah percaya dengan mitos
"Siapa yang paling bising dalam kelas dulu biasanya dialah yang kahwin paling lewat"
Patutlah si A kahwin dulu, dia paling senyap dalam kelas, kata kamu sambil teringat yang diri kamu adalah hot girl waktu zaman sekolah dulu.
Kalau kamu masih ada walaupun sikit percaya ayat macam ni, ini bermakna kamu belum meyakini sepenuhnya bahawa jodoh itu di tangan tuhan dan tidak ada kaitan pun dengan masa lepas kamu. Memang dah jodohnya untuk kahwin waktu degree, dah memang rezeki dia umur 25 dah anak dua, itu bahagian dia. Bahagian kamu yang lain pula, okay?

6. Boleh hadir ke majlis perkahwinan kawan kamu walaupun seorang
Kalau usia kamu dah nak masuk 30 dan kamu masih tidak kisah untuk hadir ke perkahwinan kawan kamu seorang bermakna kamu memang orang yang bahagia. Bagi kamu, tidak mengapa hadir sendiri kerana yang penting kamu mahu meraikan hari bahagia teman yang kamu sayangi walaupun nanti mungkin ada yang akan mengusik kamu dengan soalan tentang perkahwinan.

Kamu bersyukur dengan kehidupan kamu dan tidak membandingkan dengan orang lain. Bagi kamu, kebahagian bukan terletak pada berdua atau bertiganya kita tetapi bagaimana kita menerima jalan kehidupan kita seadanya. Yang bersyukur dijiwa pasti terlihat seri di wajahnya, percayalah!

Like page kami untuk lebih lagi tips dan informasi -  https://www.facebook.com/OhChillLah/

No comments:

Post a Comment