Friday, 23 March 2018

"Apa yang mereka mahu?" - Yusuf Mahadi selar peminat bola sepak Malaysia persoal pindaan jadual

Dalam satu hantaran terbaru yang dimuat naik oleh laman rasmi facebook milik Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM), Yusoff Mahadi yang merupakan Timbalan Presiden FAM menyelar sikap segelintir penyokong Harimau Malaya yang mengkritik perubahan jadual tersebut.

Menurut beliau, perubahan jadual tersebut disebabkan oleh  perlawanan persahabatan antarabangsa tambahan yang dilakukan pihak FAM untuk memperbaiki ranking bolasepak negara.

Beliau turut mempersoalkan apabila peminat mengkritik teruk kepimpinan apabila tiada perlawanan antarabangsa berlangsung dan juga kejatuhan ranking pasukan tetapi bila diadakan perlawanan, peminat masih mengkritik juga. Justeru beliau mempersoalkan kepada segelintir peminat ini, apa yang mereka mahukan?

Ini adalah hantaran lengkap mengenai kenyataan Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi
................................................................................................................................................
APA SEBENARNYA YANG MEREKA MAHU?
Seperti yang kita lihat, terdapat peminat-peminat bola sepak di media sosial yang tidak berpuas hati dengan pindaan perlawanan keenam dan ketujuh Liga Super 2018 yang sepatutnya berlangsung pada 30 dan 31 Mac serta 3 dan 4 April ke tarikh yang baharu selepas ia diumum oleh FMLLP, malam tadi.

Ingin dinyatakan bahawa penangguhan tersebut adalah disebabkan skuad Harimau Malaya akan menghadapi satu lagi perlawanan persahabatan antarabangsa "A" pada 1 April 2018 dalam usaha kita untuk memperbaiki ranking FIFA.

Apabila kita tiada perlawanan antarabangsa dan ranking kita jatuh, peminat mengkritik teruk. Sekarang apabila kita cari perlawanan tambahan untuk baiki semula ranking pun peminat kritik juga. Jadi, apa sebenarnya yang mereka mahu?

Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

FMLLP sebelum ini memaklumkan jadual perlawanan keenam dan ketujuh Liga Super yang sepatutnya berlangsung pada 30 dan 31 Mac, 1 dan 4 April ditunda ke tarikh 5, 6, 10 dan 11 Jun.
Manakala bagi aksi Liga Perdana pada 29, 30 dan 31 Mac serta 2, 3 dan 4 April akan ditangguhkan ke 9, 10, 23 dan 24 April.

Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe berdepan Mongolia pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini sebelum menentang Lubnan Selasa depan bagi perlawanan terakhir Kelayakan Piala Asia UAE 2019.

No comments:

Post a Comment