Sunday, 25 March 2018

Studio Ghibli : Studio legend yang menghasilkan filem animasi terkenal seluruh dunia.


Foto: Ficklestix-DeviantArt
Bagi pengemar filem animasi jepun. nama Studio Ghibli pasti familiar dikalangan korang kan? Studio yang menghasilkan banyak filem yang pernah menjadi hiburan sewaktu korang kecil dulu. Tak hairanlah studio ini telah beroperasi sejak Jun 1985 lagi.

Admin pun tak lahir lagi tahun tu. Sejak studio ini mula ditubuhkan banyaklah karya animasi yang dihasilkan mereka. Ada yang telah mendapat pelbagai anugerah seperti My Neighbor Totoro dan Spirited Away. CEO studio ini sendiri, Hayao Miyazaki juga pernah menjadi director pertama yang menghasilkan animasi di studio ini iaitu filem Laputa: Castle in the Sky pada tahun 1986.

Melihat dari segi lukisan dan plot penceritaan agak sukar admin nak percaya yang filem Sastle in the Sky ni keluar tahun 1986. Tengok banyak kali pun tak bosan punya.

Jadi disini admin listkan lima filem animasi karya Studio Ghibli yang korang patut cuba:


1) My Neighbor Totoro (1988)
Cerita santai yang korang boleh tengok dengan anak-anak korang. Mengisahkan tentang seorang professor bersama dengan dua orang anak perempuannya, Satsuki dan Mei yang telah berpindah ke sebuah rumah lama berdekatan dengan sebuah hospital dimana isterinya ditempatkan. Satsuki dan adiknya Mei mendapati bahawa rumah itu dihuni oleh makhluk kecil yang dipanggil Susuwatari dikalangan masyarakat tempatan. Suatu hari Mei telah berjumpa dengan dua ekor makhluk yang bertelinga arnab yang mengajaknya masuk ke dalam hutan berdekatan dengan rumahnya dan menemukan Mei dengan seekor makhluk gergasi yang bertelinga arnab yang menggelarkan dirinya sebagai Totoro.

Telatah dan kecomelan kanak kanak ini pasti akan menghiburkan korang, tidak hairanlah filem ini telah memenangi 6 anugerah daripada 7 yang dipertandingkan pada tahun 1986 dan 1995.Watak Totoro ini juga telah menjadi simbol utama studio ini.

Malah mascot karakter comel ini juga dapat dilihat di mana mana seluruh jepun dan di negara kita. Ada juga peminat fanatic yang membuat ‘cosplay’ berasaskan karakter yang berbulu dan bewarna kelabu ini. Comel bukan?


2) Spirited Away (2001)
Filem ni memang admin punya all time favourite. Menceritakan tentang seorang budak perempuan  yang berumur 10 tahun,Chihiro Ogino (Hiiragi) dan kedua dua ibu bapanya sedang dalam perjalanan ke kawasan perumahan baru mereka. Dalam perjalanan itu ayahnya telah mengambil jalan pintas melalui hutan dan sesat.

Tanpa diketahui, mereka sebenarnya telah termasuk kedalam dunia magis yang dihuni oleh roh. Kawasan itu dipenuhi dengan gerai-gerai makanan yang tidak mempunyai tuan, oleh kerana keterujaan yang melampau dan bau bauan yang enak, kedua dua ibu bapanya terus melahap semua makanan yang ada dan akhirnya disumpah menjadi khinzir oleh seorang wanita sihir bernama Yubaba.

Chihiro sempat melarikan diri dan akhirnya berjumpa dengan seorang budak lelaki bernama Haku yang memberikannya amaran agar melintasi sungai yang menhubungkan antara dunia sebenar dan dunia roh sebelum matahari terbenam. Namun,chihiro terlambat oleh kerana sumpahan yang dikenakan keatas ibu bapanya dan akhirnya keluarga itu terperangkap di dalam dunia yang luar dari imiganasi mereka.

Filem ini telah mendapat sambutan yang hangat luar dan dalam negara matahari terbit itu dengan  hasil kutipan lebih $289 million peringkat antarabangsa! Selain itu filem animasi pecah panggung ini juga telah menerima banyak anugerah seperti academy award untuk filem animasi terbaik dan The Golden Bear Award di Festival filem antarbangsa Berlin.

Terbitan akhbar  Amerika Syarikat tahun 2017 iaitu  New York Times juga menyenarai pendekkan filem ini sebagai ‘Filem terbaik abad ke-21 setakat ini.’ Fuhh kemain eh penangan filem anime ni.


3) Kiki Delivery Service (1989)
Filem ini mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang merupakan seorang ahli sihir, Kiki yang berpindah ke kampung baharu dengan kebolehannya yang boleh terbang dengan menggunakan penyapu. Dikawasan baharu itu, Kiki membantu seorang wanita mengandung,Osono mengendalikan perkhidmatan penghantaran barang dengan menggunakan penyapu sakti iaitu ‘Witch Delivery Service’.

Filem ini telah mendapat tempat di dalam dan luar negara dengan memperoleh pulangan yang besar iaitu $19 juta pada tahun 1989. Jumlah uang agak besar pada tahun 80-an.  Filem ini juga telah menerima pelbagai anugerah seperti filem terbaik tahun  1989 di Jepun.



4) Grave of the Fireflies (1988)
Cerita mengisahkan tentang pegembaraan seorang abang, Seita dan adiknya,Setsuko yang masih kecil yang terpaksa mengharungi pahit getir hidup semasa di zaman perang. Dengan ketiadaan ibu dan bapa mereka,Seita terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai penjaga kepada adik perempuannya, Setsuko yang masih memerlukan penjagaan orang tua.

Filem ini menggunakan latar masa tahun 1945 semasa perang dunia kedua. Disebabkan amaran bom telah dikeluarkan di kampung halaman mereka,Seita dan adiknya terpaksa melarikan diri sehelai sepinggang demi menyelamatkan nyawa mereka.

Filem ini telah memenangi banyak anugerah kerana moral yang disampaikan disebalik filem animasi ini mengenai bahana peperangan kepada rakyat Jepun ketika itu. Filem yang telah banyak mengeluarkan air mata penonton ini telah meraih pulangan yang besar disamping trofi-trofi anugerah dari luar dan dalam negara seperti Blue Ribbon Award dan festival filem kanak kanak antarabangsa Chicago,Amerika Syarikat bagi kategori animasi terbaik mengikut Juri dan Anugerah hak kanak kanak pada tahun 1994.


5) The Secret World Of Arrietty (2010)
Mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang bernama Sho yang menghabiskan cuti sekolah musim panasnya di rumah makciknya,Sadako. Suatu malam Sho melihat kelibat manusia kecil ataupun lebih dikenali sebagai peminjam dikalangan orang tua-tua.

Arrietty dan ayahnya merupakan peminjam yang telah lama tinggal di lantai bawah rumah Sadako. Sejak daripada itu, Sho cuba untuk berinteraksi dengan manusia kecil itu untuk dijadikan sebagai kawan. Namun ayah Arrietty menegaskan bahawa manusia hanya membawa kerosakan kepada makhluk kecil seperti mereka.

Tanpa disedari, orang gaji di rumah makcik Sadako menyimpan keinginan untuk menangkap ‘Peminjam’ yang dikatakan sudah lama pupus dikawasan mereka itu.

Filem ini telah mendapat tempat dihati pelbagai golongan tidak kira usia dan jantina. Tidak hairanlah filem ini juga berasaskan sebuah novel terkenal karya Mary Norton yang bertajuk “The Borrower”. Filem ini telah memperoleh lebih $145 juta hasil pulangan antarbangsa dan $19 juta di Amerika Utara sahaja! Ini menjadikan filem ini sebagai filem animasi Ke-4 paling laku di amerika syarikat yang tidak berasaskan permainan video.

Mengagumkan lebih satu juta orang telah melihat filem ini dipanggung sewaktu tanyangan perdana sehingga pendapatan yang diraih filem ini selama seminggu telah menghasilkan 1.35 billion yen. Arrietty juga telah memenangi 7 anugerah daripada 11 yang dipertandingkan. Anugerah ini bukan di jepun sahaja malah Amerika dan Perancis juga!


6) The Tale of Princess Kaguya (2013)
Kaguya-Hime atau Puteri Kaguya ini sebenarnya merupakan salah satu lagenda kanak-kanak yang terkenal di Jepun. Bagi otaku-otaku di luar sana pasti korang pernah dengar pasal lagenda ini kan? Macam lagenda Kappa juga la..

Okay,filem ini mengisahkan tentang seorang pemotong buluh yang bernama Sanuki no Miyatsuko yang terjumpa dengan gadis kecil yang berada didalam sebatang bukuh yang bercahaya. Pemotong buluh dan isterinya menggangap kehadiran kaguya dalam hidup mereka merupakan satu keajaiban kerana mereka berdua juga tidak mempunyai cahaya mata. Maka,mereka menjaganya seperti anak sendiri dan memanggilnya dengan gelaran ‘puteri’.

Puteri membesar dengan amat pantas dan tumbesarannya itu berlaku secara berterusan. Puteri dilayan dengan baik oleh penduduk kampung dan budak budak sekampungnya memanggilnya dengan gelaran Taneko-Hime. Yang bererti Puteri Buluh Kecil.

Filem ini telah tersenarai di berbagai anugerah iaitu sebanyak 28 anugerah dan telah memenangi 8 daripada anugerah yang dipertandingkan. Filem ini juga meraih kutipan sebanyak $24 juta world wide. Hebatkan penangan studio ghibli ini?


Sebenarnya banyak lagi filem filem animasi yang dikeluarkan oleh Studio animasi lagenda ini. Terlalu banyak untuk admin senaraikan dan terlalu banyak juga anugerah yang mereka dapat. Pendek kata kebanyakan movie yang dihasilkan pasti akan dapat anugerah lahh.

Studio Ghibli ini juga berkolaborasi dengan studio-studio terkenal barat seperti Disney dan Pixar. Sebab tu tak hairan lah ada filem yang dihasilkan studio ini menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantara.

Jadi, jika ada diantara korang yang nak berjinak-jinak dengan movie anime tapi tak tahu nak tengok cerita apa, admin memang recommendkan kalau korang cuba filem studio ghibli ni. Lagi- lagi yang admin sudah senaraikan.

Selamat mencuba!

*Hime – Puteri
*otaku –orang yang obsess dengan anime

Saturday, 24 March 2018

Avengers: Infinity War kurang sebulan lagi. Jom tengok semua trailer yang dikeluarkan Marvel Studios

Kurang sebulan lagi Avengers: Infinty War akan ditayangkan di seluruh dunia. Pasti ada yang dah tak sabarkan nak menonton filem superhero epik yang sudah memasuki siri ke 4 di tayangkan.

Oh Chill-Lah pun dah tak tertunggu-tunggu nak tengok. Jom tengok trailer-trailer yang dikeluarkan Marvel Studios terlebih dahulu untuk filem ni



Nak nego barang di China memang mendebarkan

China adalah pusat untuk mendapatkan barang-barang tiruan pelbagai jenama dari gadget hinggalah ke streetwear. Di Malaysia, kebanyakan pemborong sememangnya berulang alik ke China untuk mencari barang-barang yang dihajati untuk dijual disini.

Namun, ia bukanlah perkara mudah, kepakaran untuk nego barang sangat tinggi diperlukan utuk mendapatkan harga yang paling murah.

Dalam satu laman Youtube bernama Collin Abroadcast, beliau ada kongsikan video beliau berdepan dengan penjual barangan di Beijing. Macam bergaduh pun ada namun dikatakan itu adalah perkara normal ketika sesi tawar menawar berlaku disini.

Anda boleh tonton video beliau disini:





Friday, 23 March 2018

Tabah, lagu untuk rider Malaysia di MotoGP

Penyanyi rap yang semakin meningkat naik, Aman RA memuat naik lagu terbarunya di You Tube. Menariknya dalam music video beliau, rider Malaysia yang berlumba di MotoGP 2018 seperti Hafizh Syahrin, Zulfahmi Khairuddin dan lain-lain turut terlibat yang bertempat di Litar Sepang.

Menurut Aman RA dalam laman sosialnya, beliau bersyukur diberi peluang untuk bekerjasama dan menyumbangkan karya beliau untuk lagu ini

Jom dengarkan lagu baru beliau, serius best!


Lagu baru Faizal Tahir untuk Malaysia

Dalam akaun You Tube Faizal Tahir yang terbaru, beliau memuat naik video lirik lagu beliau bertajuk Malaysia. Rata-rata netizen memuji lagu terbaru beliau di komen malah memuji sumbangan Faizal Tahir yang dilihat patriotik.

Mari dengarkan lagu baru beliau;


Senarai penuh peserta GGV musim 2

Bagi yang sudah lama tertunggu-tunggu GEMA Gegar Vaganza (GGV) sejak dari musim pertama, GGV kini kembali untuk musim kedua kali ini dengan penyertaan enam peserta berkumpulan dan lima peserta solo.

Pada musim pertama, UNIC meraih johan diikuti Hijjaz dan Mirwana di tempat ke dua dan ketiga. Untuk GGV musim 2, senarai penuh telah pun dikeluarkan sewaktu majlis pelancaran Rabu yang lalu iaitu:

1. InTeam
2. Brothers
3. Mestica
4. Devotees
5. Rabithah
6. Heliza & Hazwani
7. Adeep Nahar
8. Awi Rafael
9. Farah Asyikin
10. Fitri Haris
11. Ippo Hafiz

Bertemakan Gema Irama Terindah, peserta akan diadili juri tetap Farihin Abdul Fattah, selebriti Indonesia Oki Setiana Dewi dan seorang juri jemputan setiap minggu.

GGV2 bakal dihoskan penyanyi Siti Nordiana, pelakon dan pelawak Fikry Ibrahim, serta penyanyi Fakhrul UNIC.

Juara musim ini bakal membawa pulang RM100,000 dan sebuah trofi, manakala naib juara RM30,000 berserta trofi.

GGV2 bakal bersiaran selama tujuh minggu bermula 31 Mac pada 9 malam, setiap Sabtu di saluran 106 Astro Oasis dan saluran 135 Maya HD.

2018 World's Top Airport - Changi kekal no 1, Kuala Lumpur turun 10 anak tangga

Baru-baru ini, Skytrax 2018 World Airports Awards menyenaraikan Top 100 lapangan terbang di dunia. Anugerah ini berdasarkan undian daripada 13.73 juta pengguna penerbangan udara meliputi 100 buah negara, dengan 500 lapangan terbang mengambil bahagian.

Penilaian ini diambil kira oleh para pengguna merangkumi pelbagai segi seperti servis perkhidmatan dan produk - daripada check in, ketibaan, pertukaran, membeli belah, keselamatan dan imigresen hinggalah ke laluan ke pintu Gate.

Changi Airport juara 6 tahun berturut-turut!

Sejarah baru tercipta pada tahun ini apabila Changi mendapat tempat pertama selaku lapangan terbang terbaik hasil undian para pengguna sekaligus menjuarainya buat kali ke enam berturut-turut dalam sejarah sejak ia bermula pada tahun 2000. Hong Kong International Airport pernah menjuarainya sebanyak 5 kali pada 2001 - 2005.

Kuala Lumpur turun 10 anak tangga

Dalam senarai ini juga, Kuala Lumpur berjaya menduduki tempat ke 44 mengatasi Jakarta (45) dan Abu Dhabi (49). Bagaimanapun, Kuala Lumpur gagal berada di kedudukan terdahulu apabila jatuh 10 anak tangga berbanding tahun lepas (34).

Semoga Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) terus berusaha untuk menjadi lebih baik agar dapat tersenarai ke kelompok Top 10 pada edisi akan datang

Ini adalah senarai penuh Top 100 World Airports Awards 2018

 2018 Ranking
 Airport
2017 Rating
1Singapore Changi1
2Incheon3
3Tokyo Haneda2
4Hong Kong5
5Doha Hamad6
6Munich4
7Centrair Nagoya7
8London Heathrow9
9Zurich8
10Frankfurt10
11Tokyo Narita14
12Amsterdam11
13Kansai12
14Vancouver13
15Taiwan Taoyuan21
16Helsinki17
17Vienna24
18Shanghai Hongqiao18
19Copenhagen15
20Sydney23
21Cape Town19
22Brisbane16
23Dubai20
24Auckland22
25Hamburg27
26Durban35
27Melbourne30
28London City36
29Denver28
30Dusseldorf40
31Cologne / Bonn29
32Johannesburg37
33Beijing Capital25
34Cincinnati26
35Haikou48
36Bangkok Suvarnabhumi38
37Paris CDG32
38Xi'an45
39Athens53
40Gimpo47
41Toronto Pearson43
42Barcelona33
43Madrid31
44Kuala Lumpur34
45Jakarta44
46Bogota42
47Quito52
48Houston Intercontinental54
49Lima55
50Atlanta41
51San Francisco39
52Christchurch61
53Abu Dhabi49
54London Gatwick51
55Gold Coast50
56Dallas/Fort Worth46
57Lisbon68
58Stockholm Arlanda62
59Perth71
60Chengdu56
61Oslo59
62Seattle58
63Mumbai64
64Bangalore67
65Baku70
66Delhi60
67Montréal80
68Moscow Sheremetyevo81
69New York JFK63
70Guayaquil66
71Porto75
72Los Angeles86
73Bahrain57
74Moscow Domodedovo74
75Hyderabad69
76Malta79
77Halifax65
78Adelaide73
79Minneapolis-Saint Paul72
80Dublin77
81Sanya78
82Hanoi83
83Phoenix88
84Shenzhen76
85Rome Fiumicino158
86Birmingham85
87Billund82
88Detroit94
89Boston89
90Budapest84
91Brussels91
92Prague96
93Raleigh-Durham95
94Panama90
95Warsaw99
96Medina93
97Mauritius104
98Nice92
99Houston Hobby119
100Fukuoka103